Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

55) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dalam 2014, adakah Dun Sungai Pelek dalam lingkungan pembinaan rumah mampu milik pada masa akan datang?

    Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pentadbir Tanah Daerah (PTD) pada ketika ini masih lagi mengenalpasti tanah-tanah milik Kerajaan Negeri yang strategik untuk dibangunkan dengan Projek Perumahan Mampu Milik Selangor.

    Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri masih belum mempunyai perancangan khusus bagi penyediaan rumah mampu milik di DUN Sungai Pelek. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri akan membuat kajian/ survei terhadap permintaan rumah mampu milik di DUN Sungai Pelek sebelum pembangunan dilaksanakan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.