RUMAH MAMPU MILIK
138) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan lokasi, harga dan jumlah unit rumah mampu milik yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri Selangor mengikut pecahan PBT bagi tahun 2008-2013.
Secara keseluruhannya terdapat sebanyak 6 Projek Rumah Mampu Milik dengan bilangan unit rumah melebihi 2,495 unit yang telah dibina dan sedang dalam pembinaan yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri melalui anak syarikat seperti PKNS dan juga PNSB bagi tempoh tahun 2008 hingga tahun Mei 2013. Pecahan mengikut PBT adalah seperti berikut:
Bil. Pihak Berkuasa Tempatan Pemaju Jumlah Unit 1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) PKNS / Debbin Sdn. Bhd. 104 2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
PNSB / Semponia Sdn. Bhd. & Country Wheel Sdn. Bhd.
236 3. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) PKNS 124 4. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) PKNS 1,422 5. Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) PKNS 129 6. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) PNSB 480 JUMLAH 2,495
