RUMAH-RUMAH IBADAT
75) RUMAH-RUMAH IBADAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah prosedur, kajian secara rapi dan menyeluruh telah diadakan sebelum projek pembinaan rumah ibadat diluluskan di peringkat agensi kerajaan? Turut mengambil kira faktor kontraktor dan pendapat penduduk berdekatan sekiranya perlu
Setiap pembinaan rumah-rumah ibadat dikaji secara menyeluruh dari segala aspek.
Semua permohonan untuk mendirikan rumah-rumah ibadat di Negeri Selangor perlu
mendapatkan Kebenaran Merancang dan Kelulusan Pelan Bangunan daripada PBT
untuk memastikan pembinaan rumah ibadat tersebut mematuhi segala peraturan yang
ditetapkan oleh PBT. Selain itu, setiap permohonan juga akan dipertimbangkan melalui
laporan teknikal daripada Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Pengairan dan Saliran,
Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor.
Manakala urusan pelantikan kontraktor adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri
atau PBT. Kontraktor adalah dilantik terus oleh Jawatankuasa/Persatuan rumah ibadat
terlibat.
