Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

50) RUMAH SESAK

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah peruntukan yang sedia ada untuk menangani masalah rumah sesak, terutamanya pelajar dan warga asing?

    Beberapa peruntukan sedia ada boleh digunakan bagi menangani masalah rumah sesak yang melibatkan pelajar dan warga asing. Antaranya seperti di Lampiran

    Lampiran 1

     Peruntukan bagi   rumah   sesak   terkandung  di   dalam   Akta    Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang menyatakan perkara seperti berikut:

    Seksyen 78 :            Rumah yang diduduki dengan penuh sesak.

    ’Seseorang yang membenarkan sesebuah rumah diduduki dengan sebegitu penuh sesak hingga mendatangkan bencana atau bahaya kepada kesihatan penduduk-penduduknya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit (RM2000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan(6 bulan) atau kedua-duanya dan didenda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit (RM 100.00) bagi setiap satu hari selama tempoh kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.’

     Seksyen 79 : Bila rumah disifatkan sebagai “penuh sesak”

    ‘Bagi maksud Akta ini, sesebuah rumah hendaklah disifatkan sebagai sebegitu penuh sesak hingga mendatangkan bahaya atau mudarat kepada kesihatan penduduk-penduduknya jika rumah itu atau mana-mana bilik di dalamnya didapati diduduki lebih daripada kadar seorang dewasa bagi tiap- tiap tiga ratus lima puluh kaki padu (350 kaki3) luang dalam bersih dan dalam pengiraan itu tiap-tiap orang berumur lebih daripada sepuluh tahun hendaklah disifatkan sebagai seorang dewasa dan dua orang kanak-kanak berumur tidak lebih daripada sepuluh tahun hendaklah dikira sebagai seorang dewasa.’

     Kertas Mesyuarat (Penentuan Bilangan Kapasiti Penyewa Dan Kaedah Pengawalan Bangunan Penuh Sesak Bagi Perumahan Bertingkat Di Negeri Selangor) Majlis                     Mesyuarat                  Kerajaan    Negeri    (MMKN)    bertarikh    14 November 2007 dan telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertarikh 5hb Disember 2007 telah bersetuju menetap perkara berikut : “Maksimum seramai enam (6) orang penghuni bujang atau dua (2) pasangan kelamin yang tidak melebihi 6 orang (termasuk anak) sahaja dibenarkan menyewa sesuatu unit rumah khususnya Rumah Kos Rendah yang mengandungi 3 bilik. Penetapan ini hanya terpakai untuk pekerja/ pelajar warga asing sahaja. Walau bagaimanapun ianya tidak terpakai buat warga tempatan dan pelajar IPTA/IPTS tempatan.”

     

Lampiran

Tiada Lampiran.