Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

248) RUMAH TIDAK DISELENGGARA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selain membilkan kos penyelenggaraan rumah yang tidak di selenggara kepada pemilik, apakah penyelesaian jangka masa panjang yang sedang dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri, memandangkan proses notis hingga pelaksanaan penyelenggaraan memakan masa yang terlalu lama dan keperluan untuk melaksanakan yang sama secara berulang?

    Sekiranya pemilik gagal untuk menyelenggara rumah sehingga menimbulkan kacau ganggu, PBT boleh mengeluarkan notis kacau ganggu kepada pemilik untuk menghapuskan kacau ganggu tersebut sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]. Dalam hal ini, kegagalan pemilik rumah untuk mematuhi notis tersebut, PBT sendiri boleh menghapuskan kacau ganggu itu dan boleh menuntut belanja mengenainya daripada pemunya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 82(4) Akta 171.

    Seterusnya, sekiranya pemilik gagal untuk mejelaskan tuntutan, PBT boleh mengambil tindakan di bawah seksyen 114 Akta 171 bagi mendapatkan semua belanja dan kos yang telah ditanggung akibat daripada kerja yang telah dilaksanakan oleh PBT melalui tindakan sivil.

Lampiran

Tiada Lampiran.