RUMAH URUT DI NEGERI SELANGOR
199) RUMAH URUT DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah rumah urut yang terdapat didalam Negeri Selangor mengikut PBT.
a), b) dan c)
Kerajaan Negeri telah membekukan semua permohonan baru bagi lesen perniagaan penjagaan kesihatan (Urutan Traditional) dari tahun 2008 berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor Bil.5/2008. Selain daripada itu, PBT turut mengadakan operasi bersepadu bersama lain-lain agensi seperti PDRM, Imigresen, JAIS dan lain-lain dari masa ke semasa bagi mengekang penularan rumah urut di Selangor khususnya.
Jumlah rumah urut yang terdapat didalam Negeri Selangor mengikut PBT adalah sebanyak 403 premis dan jumlah serbuan yang telah dilaksanakan dari tahun 2014 hingga 2017 adalah sebanyak 918. Perincian mengikut PBT adalah seperti di Jadual 1.
Jadual 1 : Jumlah rumah urut yang terdapat didalam Negeri Selangor
dan jumlah serbuan yang telah dilaksanakan dari tahun 2014 hingga 2017
PBT JUMLAH RUMAH URUT JUMLAH SERBUAN DARI THN 2014-2017
MBSA 80 19 MBPJ 53 189 MPK 57 281 MPAJ 30 68 MPSJ 21 62 MPS 22 96 MPKJ 66 115 MPSP 1 9 MDKL 15 36 MDHS 10 0 MDKS 34 33 MDSB 14 10 JUMLAH 403 918 Nota: Sumber data daripada PBT
