SAMBUTAN KEMERDEKAAN

163) SAMBUTAN KEMERDEKAAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sambutan kemerdekaan Malaysia di negeri Selangor tidak melibatkan DYMM Sultan Selangor. Mengapakah sambutan kemerdekaan ini tidak melibatkan DYMM Sultan Selangor?

    Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 55 dan Hari Malaysia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2012 melibatkan tiga (3) acara utama seperti berikut :

     

    1. Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor pada 16 Julai 2012 jam 8.30 pagi di Auditorium Dewan Jubli Perak, Shah
    2. Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 55 dan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2012 pada 30 Ogos 2012 jam 00 malam di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.
    3. Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 55 Peringkat Negeri Selangor pada 31 Ogos 2012 jam

    12.00 tengah hari di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

     

    Secara amalan dan tradisi pengurusan penganjuran majlis tersebut, DYMM Sultan Selangor dijemput berangkat hadir ke Majlis Bacaan Yasin,TahIiI dan Doa Selamat bagi sambutan tersebut. Mengikut rekod dan semakan fail dari tahun 2003 hingga 2012, DYMM Sultan Selangor telah berangkat hadir ke majlis tersebut pada setiap tahun.

     

    Manakala Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 55 dan Hari Malaysia Peringkat Negeri Selangor hanya melibatkan YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor sebagai tetamu kehormat. Ini juga mengikut amalan pengurusan penganjuran bagi kedua-dua acara tersebut pada setiap tahun. Mengikut rekod dan semakan faii tahun 2003 hingga 2012

     

     

     

    juga mendapati kedua-dua acara utama tersebut hanya melibatkan YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor sebagai tetamu kehormat. Kecuali hanya pada tahun 2007 sahaja DYMM Sultan Selangor dijemput berangkat hadir ke satu Acara Perbarisan dan Perarakan Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 50 Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia Peringkat Negeri Selangor. Pihak Kerajaan Negeri hanya meneruskan pengurusan penganjuran majlis tersebut dari tahun sebelumnya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.