Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

181) SAMPAH DI KAMPUNG TRADISI

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Agensi mana yang bertanggungjawab atas pengurusan sampah di kampung tradisi?

    Lokasi pembuangan sampah di Jalan Kubur, Ijok adalah tempat pembuangan sampah haram yang berada di luar kawasan operasi MDKS. Kawasan ini menjadi pilihan penduduk kampung sebagai tempat pembuangan sampah kerana terletak jauh dari penempatan mereka.

    Peruntukan Undang-undang Kecil 18, Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (Majlis Daerah Kuala Selangor) 2007 jelas mengatakan bahawa setiap tuan punya atau penghuni mana-mana rumah di kampung bertanggungjawab menyediakan sendiri tempat pembuangan sampah di kawasan rumah masing-masing.

    Namun, bagi kawasan-kawasan hot spot sampah haram yang kritikal di kampung-kampung seperti di Jalan Kubur, Ijok pihak MDKS akan membantu membersihkan kawasan berkenaan. Buat masa ini Majlis telah membina tapak dan kebuk sampah serta  memasang  notis. Majlis juga membersihkan tapak  dan mengangkut sampah-sampah tersebut setiap lima (5) hari dan melupuskannya di Landfil Jeram.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.