SAP LANGKAWI DEVELOPMENT SDN BHD

173) SAP LANGKAWI DEVELOPMENT SDN BHD

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah objektif penubuhan SAP Langkawi Development Sdn Bhd?

    LATAR BELAKANG:

    • SAP Langkawi Development Sdn Bhd (“SAPL”) telah ditubuhkan pada tahun 1994 dengan modal berbayar sebanyak RM500,000 dalam bidang pembangunan dan pengurusan
    • Tujuan penubuhan adalah untuk menjadi “Special Purpose Vehicle (SPV)” bagi usaha sama pembangunan hartanah di Langkawi, Kedah bersama Koperasi Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Kedah Darul Aman (“KCS”). Perjanjian Usaha Sama (“JV”) telah termeterai pada 11 November 1995 dengan SAPL memegang 70% ekuiti manakala KCS memegang baki 30%
    • Projek pembangunan yang dikendalikan oleh SAPL merupakan pembangunan hartanah banglo mewah di atas sebidang tanah berkeluasan 50 ekar di Pantai Kok, Mukim Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi, Kedah, pada tahun

     

    • Sebagai rakan kongsi, SAPL telah melabur sebanyak RM6.5 juta dari 1994 hingga 2001 untuk pelaksanaan usaha sama dan perbelanjaan projek. Walau bagaimanapun Projek tersebut tidak dapat diteruskan kerana kurang mendapat sambutan.
    • Berikutan daripada kegagalan melaksanakan projek tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan, pada tahun 2010 pihak KCS telah menuntut hak (entitlement) terhadap SAPL sebanyak RM48 juta, seperti yang termaktub dalam perjanjian usaha sama. Oleh demikian, pada 29 September 2011 SAPL telah memasuki suatu perjanjian untuk penjualan aset tersebut. Perolehan daripada jualan aset projek tersebut akan digunakan untuk melunaskan hak tersebut. Ia telah terlaksana sepenuhnya dalam tahun

    SAP Langkawi Development Sdn Bhd (“SAPL”) telah ditubuhkan pada tahun 1994 dengan modal berbayar sebanyak RM500,000 dengan aktiviti teras dalam bidang pembangunan dan pengurusan hartanah. Tujuan penubuhan adalah untuk menjadi “Special Purpose Vehicle (SPV)” bagi usaha sama pembangunan hartanah di Langkawi, Kedah bersama Koperasi Pegawai Tadbir Negeri Kedah Darul Aman (“KCS”). Perjanjian usaha sama (“JV”) telah termeterai pada 11 November 1995 dengan SAPL memegang 70% ekuiti manakala KCS memegang baki 30% ekuiti.

Lampiran

Tiada Lampiran.