SEKTOR SMALL & MEDIUM ENTERPRISE (SME)
218) SEKTOR SMALL & MEDIUM ENTERPRISE (SME)
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha kerajaan dalam membantu SME?
Antara usaha – usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu SME adalah seperti berikut:-
- Mengadakan program business matching antara SME tempatan dengan luar negara.
- Mengadakan sesi dialog bagi mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh syarikat – syarikat SME dan membantu bagai menyelesaikan permasalahan yang dihadapi
- mengadakan pertemuan antara Kerajaan Negeri, syarikat – syarikat SME dan Dewan – Dewan Perniagaan bagi mendapatkan maklumat dan cadangan – cadangan bagaimana untuk membangunkan usahawan – usahawan SME di Selangor.
- Menganjurkan program – program meningkatkan kefahaman syarikat – syarikat SME dalam bidang import dan eksport.
