SELANGOR CHESHIRE HOME (SCH)
197) SELANGOR CHESHIRE HOME (SCH)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan kerjasama kerajaan bagi memajukan program-program amal di SCH?
Kerajaan Negeri Selangor belum mempunyai sebarang perancangan untuk mengadakan sebarang program amal di SCH. Namun begitu, Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan sekiranya terdapat cadangan yang memberansangkan dari pihak agensi atau badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan program-program amal bersama penghuni di Sungguhpun lokasi SCH ini terletak di tengah bandar, pelbagai aktiviti yang menarik boleh dilakukan di perkarangan lokasi SCH bersama penghuni-penghuni.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, SCH telah menerima peruntukan secara purata RM84,900.00 setahun dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor untuk melaksanakan program-program kebajikan yang telah dirancang dalam usaha melatih golongan OKU untuk menjadi yang lebih baik dan lebih berdikari.
