SELANGOR DESTINASI PELABURAN UTAMA
161) SELANGOR DESTINASI PELABURAN UTAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan Negeri dalam memberi keyakinan kepada pelabur asing bahawa Selangor merupakan destinasi pelaburan yang kondusif?
Tindakan Kerajaan Negeri dalam memberi keyakinan kepada pelabur asing bahawa Selangor merupakan destinasi pelaburan yang kondusif seperti berikut;-
- Mengadakan pertemuan dengan wakil – wakil kedutaan dan dewan – dewan perniagaan asing di Malaysia.
- Mengadakan sesi dialog dan pertemuan dengan pihak syarikat, pertubuhan – pertubuhan perniagaan tempatan.
- Mengadakan kunjungan hormat ke syarikat – syarikat yang beroperasi di Negeri Selangor.
- Mengadakan mesyuarat IPMC disetiap PBT sebagai medium bagi PBT dan jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan membantu pihak industri menyelesaikan isu – isu yang dihadapi.
