Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

227) SELANGOR KINI DIPALSUKAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan terhadap pihak yang menerbitkan, mengedar serta merujuk akhbar Selangor Terkini untuk memfitnahkan kerajaan Selangor?

    1. Susulan daripada penemuan sebuah akhbar yang dinamakan Selangor Terkini  yang turut menggunakan jata/logo negeri Selangor, satu laporan polis telah dibuat mengenai penerbitan tersebut di Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pada 17 Januari 2011 dan perkara ini masih lagi dalam siasatan pihak polis. Dalam masa yang sama, surat makluman Bil(48)dlm.IPK.Sel.20405/1 Jld.4 telah dikelilingkan kepada semua Ketua Jabatan Negeri Selangor bagi mengambil maklum tentang penerbitan dan pengedaran akhbar tersebut yang bukan merupakan penerbitan oleh Kerajaan Negeri dan kandungannya yang menyentuh Pentadbiran Kerajaan

    Pentadbiran ini juga telah menulis surat kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran , Kementerian Dalam Negeri pada 19 Januari 2011 untuk memaklumkan mengenai kewujudan akhbar ini serta meminta siasatan dibuat. Pihak  Kementerian secara lisan memaklumkan Kementerian akan mengambil  tindakan  sekiranya  penerbitan kedua akhbar tersebut dikenal pasti. Pada 7 Mac 2011 Pentadbiran ini telah mengeluarkan surat susulan kedua bagi mendapatkan maklum balas daripada pihak Kementerian berkaitan perkembangan kes ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.