SENARAI SEMAK KEBENARAN MERANCANG DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
128) SENARAI SEMAK KEBENARAN MERANCANG DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kerajaan mempunyai senarai semak yang sama di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi kebenaran merancang ?
- Setiap Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai senarai semak kebenaran merancang yang sama iaitu menggunakan Template Seragam Senarai Semak Dokumen dan Senarai Semak Terperinci Agensi Teknikal Dalaman di Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam menyelaraskan pelaksanaan Pusat
Senarai semak bagi kebenaran merancang tersebut telah dikemaskini dan ditambah baik di mana ’Template Seragam Senarai Semak’ yang terkini telah diedarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan Selangor pada 22 Februari 2011 untuk diguna pakai mulai 1 April 2011.
