SETTLEMENT OFFICER (S.O)
158) SETTLEMENT OFFICER (S.O)
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan bilangan pegawai S.O sedia ada, bilangan S.O yang ideal berbanding bilangan transaksi tanah mengikut pecahan daerah bagi memastikan permohonan tanah dijalankan dengan cepat dan effisien
Bilangan perjawatan Penolong Pegawai Tanah sedia ada di seluruh Negeri Selangor (termasuk jawatan tetap dan kontrak) adalah seramai 164 orang dan butiran penempatan mengikut daerah adalah seperti di Lampiran A.
Bagi memastikan permohonan tanah diproses dengan lebih cepat dan efisien, bilangan Penolong Pegawai Tanah yang ideal berbanding jumlah transaksi tanah mengikut pecahan daerah adalah berbeza-beza, bergantung kepada keluasan di antara sesebuah daerah dan bilangan tugasan atau transaksi tanah yang memerlukan tindakan Penolong Pegawai Tanah. Namun demikian, pihak pengurusan PTGS dan PTD sentiasa mengambil serius mengenai perkara tersebut bagi memastikan kelancaran semua urusan tanah tidak terganggu dan berjaya diselesaikan mengikut Piagam Pelanggan yang telah ditetapkan. Antara langkah yang diambil dari masa ke semasa ialah dengan melaksanakan penyusunan semula perjawatan dan pengisian kekosongan jawatan Penolong Pegawai Tanah dengan kadar segera.
JUMLAH PERJAWATAN PENOLONG PEGAWAI TANAH SEDIA ADA
DI SELURUH NEGERI SELANGOR
BIL
PENEMPATAN JUMLAH JAWATAN TETAP JUMLAH JAWATAN KONTRAK
JUMLAH KESELURUHAN PERJAWATAN
JUMLAH JAWATAN (MENGIKUT WARAN PERJAWATAN) JUMLAH PENGISIAN JAWATAN JUMLAH KEKOSONGAN JAWATAN 1 PTG Selangor 31 28 3 14 42 2 Gombak 14 12 2 1 13 3 Hulu Langat 17 16 1 1 17 4 Klang 12 13 -1 1 14 5 Petaling 14 14 0 1 15 6 Hulu Selangor 16 15 1 1 16 7 Kuala Langat 12 9 3 1 10 8 Kuala Selangor 15 15 0 0 15 9 Sabak Bernam 13 13 0 0 13 10 Sepang 11 8 3 1 9 JUMLAH KESELURUHAN 155 143 13 21 164 Sumber : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, PSUK Selangor
