SISTEM PENGUATKUASA AUTOMATIK (AES)

214) SISTEM PENGUATKUASA AUTOMATIK (AES)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pendirian Kerajaan Negeri mengenai pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES- Automatic Ekforcement System) di kawasan pentadbiran Kerajaan Negeri?

    Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES- Automatic Enforcement System) merupakan salah satu bentuk penguatkuasaan jalan raya yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan dengan tujuan mengesan sikap pemandu yang memandu melebihi had kelajuan yang dibenarkan. Pemasangan AES dibuat di dua (2) lokasi di Negeri Selangor iaitu di Daerah Kajang seperti butiran berikut :

    No Lokasi No. laluan Daerah Kelajuan (kmh) Koordinat Pihak Berkuasa

    Jalan

    Pemegang Konsesi Mahkamah
    1. Km 301.9,

    Kajang

    E0002 Kajang 90 02.97565,

    101.74259

    LLM PLUS Kajang
    2. Km         6.6

    Jalan Kajang/

    Puchong

    E0026 Kuala Lumpur 80 02.973157,

    101.685212

    LLM SKVE Kajang

     

    Secara dasarnya, Kerajaan Negeri telah meminta Kerajaan Persekutuan menangguhkan pelaksanaan AES sebelum kajian terperinci dilaksanakan kerana tidak dapat dipastikan bahawa sistem tersebut akan mengurangkan kemalangan jalan raya. Pemasangan sistem tersebut juga dilihat adalah untuk menguntungkan syarikat yang mendapat kontrak pemasangan dan pengendali sistem tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.