SISWAZAH MENGANGGUR DI SELANGOR

112) SISWAZAH MENGANGGUR DI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Siswazah menganggur di seluruh Selangor sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana kebanyakan dari majikan hanya mengambil pekerja yang berpengalaman. Sejak 3 tahun kebelakangan ini, berapakah anggaran jumlah siswazah menganggur yang terdapat di seluruh Selangor?

    Anggaran jumlah siswazah mengganggur sejak 3 tahun kebelakangan ini diseluruh
    Selangor adalah seramai 22,312 orang. Mengikut data jabatan ini jumlah siswazah
    yang berdaftar untuk mendapatkan pekerjaan sejak 3 tahun kebelakangan adalah
    seramai 23,708 orang, manakala jumlah penempatan adalah 1,396 orang.

Lampiran

Tiada Lampiran.