SITUASI BEKALAN AIR
95) SITUASI BEKALAN AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila kemukakan butiran kedudukan bekalan air yang terkini?
- Terdapat 34 Loji Rawatan Air di Negeri Selangor yang beroperasi untuk merawat air mentah dari sungai-sungai utama di Negeri Selangor antaranya seperti Sungai Selangor, Sungai Semenyih, Sungai Langat bagi membekalkan air terawat kepada SYABAS untuk diagihkan kepada pengguna di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
- Dari segi reka bentuk, 34 loji boleh mengeluarkan sebanyak 4,606 JLH air Keupayaan optimum yang boleh dicapai berdasarkan kepada keupayaan loji untuk mengeluarkan secara overloading adalah sebanyak 4,846 JLH.
- Purata jumlah air terawat yang dikeluarkan untuk tahun 2014 adalah sebanyak 4,593JLH manakala jumlah yang dibilkan kepada pengguna adalah sebanyak 3,047JLH. Daripada jumlah ini, purata air terawat yang hilang sebagai NRW adalah sebanyak 1,546JLH. Mengikut rekod setakat 11 Ogos 2015, pengeluaran semasa dari 34 loji adalah sebanyak 4,732 JLH.
