Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

133) SKIM AIR SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana mekanisma Skim Air Selangor untuk ibubapa yang tinggal sekali dengan anak yang bergolongan B40?

    Matlamat utama pelaksanaan Skim Air Darul Ehsan adalah untuk memastikan penyaluran subsidi yang lebih fokus kepada golongan sasar khususnya kepada golongan berpendapatan isi rumah tidak lebih RM4,000 di seluruh Selangor dalam usaha untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup golongan ini.

    Sekiranya pemohon merupakan anak yang bergolongan B40, pemohon adalah layak menikmati Skim Air Darul Ehsan dan perlu membuat pendaftaran sama ada secara atas talian melalui laman web Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) iaitu www.ssipr.selangor.gov.my atau secara manual mengisi Borang Permohonan Program IPR Skim Air Darul Ehsan.

    Syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi memohon Skim Air Darul Ehsan adalah seperti berikut:

    1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor;
    2. Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah (pendapatan suami dan isteri, tiada pasangan atau bujang);
    3. Premis kediaman adalah meter individu dan meter pukal (Pangsapuri Kos Rendah);
    4. Penghuni Pangsapuri Kos Rendah yang menerima bekalan air melalui meter pukal perlu mendapat pengesahan Badan Pengurusan Bersama (JMB)/Perbadanan Pengurusan (MC); dan
    5. Pemohon hanya boleh memohon untuk satu (1) akaun/premis sahaja

Lampiran

Tiada Lampiran.