SKIM INSENTIF PERKAHWINAN BELIA

89) SKIM INSENTIF PERKAHWINAN BELIA

Tahun:

Sesi:

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah adanya tempoh sah laku permohonan bagi pemohon bukan Islam iaitu 3 bulan dari tarikh pendaftaran perkahwinan yang terdapat di dalam borang Insentif Perkahwinan Belia (2.1.6)

    Tujuan tempoh sah laku permohonan iaitu selama 3 bulan dari tarikh pendaftaran perkahwinan yang terdapat di dalam Borang Insentif Perkahwinan Belia (2.1.6) adalah untuk memudahkan Kerajaan Negeri  memproses permohonan  mengikut fasa sama ada untuk mendapatkan peruntukan dan juga menyalurkan peruntukan dalam bentuk Tabung Haji dan Sijil Simpanan Premium (BSN).

Lampiran

Tiada Lampiran.