SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR
141) SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan kempen-kempen di bawah Skim Kesihatasn Wanita Selangor sejak tahun 2015.
Kerajaan Negeri mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan wanita di dalam pembangunan dan kesejahteraan Selangor. Justeru itu, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong penuh pelaksanaan program-program dan kempen-kempen yang melibatkan kesihatan dan kesejahteraan golongan wanita ini.
Program Skim Kesihatan Wanita (SKW) yang telah dilancarkan semenjak tahun 2010 masih giat dilaksanakan sehingga kini dengan kerjasama penyertaan di peringkat daerah.
Sebagai makluman, bagi tahun 2015 hingga bulan 30 September 2016 terdapat seramai 4,552 orang peserta yang telah menerima manfaat dari program SKW dengan perbelanjaan sebanyak RM575,643.80.
Kempen Jelajah MammoSel turut diperkenalkan dengan kerjasama MAKNA bagi memenuhi keperluan pemeriksaan saringan mammogram oleh para peserta luar bandar. Berikut adalah senarai lokasi Jelajah MammoSel bersama Trailer MAKNA yang telah dilaksanakan :-
Bil
Tarikh
Lokasi
Jumlah Peserta Tahun 2016 1. 28 Februari Taman Medan, Petaling jaya 57 2. 28 Mei Sungai Panjang dan Sekinchan
65 3. 3 September Kuang 57 4. 4 September Seri Kembangan 28 5. 10 dan 11 September
Rawang 167 6. 17 September Kajang 43 7. 24 September Batu Tiga Shah Alam 29 8. 25 September Kota Anggerik Shah Alam 31 9. 28 September Batang kali 91 10. 30 Oktober Hulu Selangor 120 Jumlah 688 Selain itu, Kerajaan Negeri amat prihatin dan sentiasa berusaha dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada golongan wanita Selangor melalui Skim Kesihatan Wanita (SKW) – Pemeriksaan Saringan Mammogram ini. Justeru itu, khidmat pembekal perkhidmatan telah turut diperluaskan daripada hanya satu (1) pembekal perkhidmatan kepada tujuh (7) pembekal perkhidmatan kini. Malah, pembekal-pembekal perkhidmatan ini turut memperluaskan perkhidmatan saringan mereka ke cawangan-cawangan di lokasi-lokasi yang lain bagi menambahbaik pelaksanaan SKW ini. Peluasan lokasi pembekal perkhidmatan ini secara tidak langsung membantu dari segi memberi kemudahan mobilisasi lebih dekat dengan penerima manfaat SKW. Berikut adalah pembekal-pembekal perkhidmatan MammoSel di bawah SKW yang terkini :
Bil
Hospital Swasta
Bilangan Lokasi Cawangan
1. Majlis Kanser Negara (MAKNA) 1 Kuala Lumpur 2. National Canser Society Malaysia (NCSM)
1 Kuala Lumpur 3. SALAM Specialist Hospital 1 Shah Alam 4.
Darul Ehsan Medical Centre (DEMC)
1
Shah Alam
5.
BP Health Care
4
Glenmarie Shah Alam Klang Cheras Taman Megah 6.
KPJ
4
Shah Alam Klang Rawang Damansara 7.
Columbia Asia
5
Petaling Jaya Puchong Bukit Rimau Cheras Setapak
