Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

85) SKIM MEMBANTERAS KEMISKINAN DAN PENYELENGGARAAN PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan skim membanteras kemiskinan yang akan dilaksanakan di DUN Teratai dalam tahun 2013-2017 dan berapakah peruntukan tahun 2013 yang telah diagihkan dan bakinya?

    1. Kerajaan Negeri dalam usaha untuk membasmi kemiskinan fokus kepada isu perumahan untuk orang miskin, penjanaan pendapatan, pendidikan dan kesihatan. Usaha ini diselaraskan bagi membantu mereka yang memerlukan dengan sasaran jangka panjang memastikan mereka dapat berdikari. Programprogram yang dirancang dan dilaksanakan tidak hanya tertumpu kepada kawasan-kawasan DUN yang tertentu, tetapi dilaksanakan secara menyeluruh untuk semua rakyat Negeri Selangor. Program-program tersebut adalah seperti berikut :-
      1. Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin

    Melalui Program Kerajaan Prihatin, bantuan rumah telah dibina dengan kos maksima sebanyak RM35,000.00 sementara itu bantuan baik pulih juga diwujudkan bagi membantu golongan sasar mendapat kemudahan tempat tinggal yang lebih selesa.

    1. Program Kemahiran Teknikal

    Kerajaan Negeri telah menyediakan kemudahan Program Kemahiran Teknikal dengan kerjasama Kolej Internasional INPENS di Kuala Selangor dimana peluang melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran ini dibuka kepada seluruh pelajar miskin di  Negeri Selangor untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi dan ini diharap dapat mengelakkan jurang pendidikan dan masalah keciciran di kalangan pelajar terutama sekali pelajar luar bandar.

    1. Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan

    Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor diwujudkan bertujuan membantu golongan sasar berdikari dan menambahbaik perusahaan atau bidang tertentu yang telah diusahakan bagi menambah pendapatan sedia ada. Program ini diselaraskan dengan memberi bantuan berbentuk peralatan dan mesin kepada pemohon yang layak diberi bantuan.

    1. Bantuan Kesihatan

    Subsidi bagi Rawatan Haemodalisis untuk pesakit buah pinggang.

    Bantuan pembelian kanta untuk pembedahan katarak.

    Bantuan kos pembedahan sehingga RM2,000.00.

    Derma peralatan sakit: Kerajaan Negeri menderma 1 mesin dialisis berharga RM50,000 kepada Persatuan Haemodialisis di Klang. 20 kerusi roda dan topang didermakan kepada individu yang memerlukan dengan kerjasama kerajaan negeri dan Kelab Rotary. Kerajaan negeri juga menyediakan bantuan kepada kanak-kanak yang memerlukan kerusi roda khas berharga RM2,000 hingga RM5,000 setiap satu.

    1. Program Bantuan Niaga

    Memberi bantuan peralatan, ruang dan peluang perniagaan khusus kepada peniaga kecil dan mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan serta mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap bidang niaga.

    Menyediakan Pakej bantuan niaga berbentuk kiosk dan produk MiMBAR Selangor kepada peserta bagi menambah pendapatan sampingan.

    1. Program Microkredit

    Memberi bantuan pinjaman mikrokredit TANPA FAEDAH & CAJ PENGURUSAN dari RM1,000-RM5,000 dalam jangkamasa pendek iaitu selama 18 bulan.

    Program ini diwujudkan khusus untuk PENIAGA KECIL menambah dana perniagaan dan mestilah mampu membayar semula pinjaman mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

    1. Program Bantuan Kerja

    Merupakan inisiatif baru yang mengambil dasar      Workfare’     bagi membantu rakyat Selangor lebih berdikari dan dapat menjana pendapatan sampingan dengan tawaran pakej-pakej bantuan kerja yang disediakan.

    1. Pakej MiMBAR Kleaner

    MiMBAR Selangor menyediakan peralatan mencuci permaidani berjumlah RM9,000 kepada rakyat negeri Selangor yang menepati syarat-syarat kelayakan bagi menambahkan pendapatan sampingan. Pakej ini adalah secara berkumpulan yang terdiri daripada 3 orang. Namun jumlah pinjaman dan bayaran balik pinjaman adalah secara persendirian.

    1. Program-program yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS)

    LZS (MAIS) telah merangka agenda dalam membentuk asnaf yang bukan sahaja mengeluarkan diri daripada kepompong kemiskinan, tetapi juga dapat memenuhi keperluan rohani menjadi insan yang rabbani.

    Secara keseluruhannya, jumlah peruntukan yang telah disalurkan untuk program-program pembasmian kemiskinan berpandukan pada bilangan permohonan dari DUN Teratai

Lampiran

Tiada Lampiran.