SKIM PEMERIKSAAN MAMMOGRAM

130) SKIM PEMERIKSAAN MAMMOGRAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah wanita yang menjalani pemeriksaan mammogram untuk DUN Rawang mengikut pecahan umur dan kaum bagi tahun 2008-2017.

    Kerajaan Negeri amat prihatin dan mengambil serius akan isu-isu kesihatan rakyat Selangor, terutama sekali golongan wanita. Justeru itu, dalam mendepani isu-isu kanser payudara yang dihadapi golongan wanita ini, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga telah memperkenal dan melaksanakan Program Skim Kesihatan Wanita – Mammogram Selangor (MammoSel) semenjak tahun 2010 sehingga kini.

    Semenjak MammoSel diperkenal dan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk dimanfaatkan golongan wanita di Selangor sehingga 30 September 2017 seramai 36,874 orang telah menerima manfaat daripada program ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 753 orang penerima manfaat adalah dari DUN Rawang.

    amun begitu, buat masa ini tiada rekod berhubung dengan pecahan kaum dan pecahan umur. Walau bagaimanapun, penambahbaikan data akan dibuat dari semasa ke semasa untuk kegunaan semua pihak.

Lampiran

Tiada Lampiran.