SKIM RUMAH SELANGORKU (IPR 15)

166) SKIM RUMAH SELANGORKU (IPR 15)

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah penerima IPR 15 dari 2014-2015 mengikut bangsa.

    Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah pemohon Rumah Selangorku yang telah ditawarkan rumah dari tahun 2014-2015 adalah seramai 9,363. Berikut adalah pecahan pemohon yang layak mengikut bangsa iaitu :

    BIL BANGSA JUMLAH
    1 Melayu 6,684
    2 Cina 1,913
    3 India   700
    4 Lain-Lain     66
    JUMLAH 9,363

Lampiran

Tiada Lampiran.