SKIM-SKIM UNTUK GOLONGAN OKU
115) SKIM-SKIM UNTUK GOLONGAN OKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Selain Skim Khairat Kematian untuk OKU, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan skim-skim lain bagi membolehkan mereka berdikari dan mendapat pekerjaan.
a) dan b)
Kerajaan Negeri menyambut baik mengenai cadangan untuk menyediakan skim- skim khas kepada golongan OKU. Namun begitu, buat masa ini program-program berkenaan telah dilaksanakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (JKMNS) melalui Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dengan menyediakan pelbagai jenis latihan asas, tunjuk ajar, pemulihan serta kemahiran yang bersesuaian kepada pelbagai kategori OKU. Program ini dilaksanakan bagi membolehkan mereka dapat menjalani kehidupan seharian seterusnya dapat berdikari dan mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan latihan yang diberikan mengikut kesesuaian pasaran kerja.
Di antara bentuk bantuan yang disediakan kepada golongan OKU adalah seperti berikut :-
- Pendaftaran OKU
- Latihan vokasional dan pemulihan perubatan di PLPP Bangi
- Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
- Disability Equality Training (DET)
- Job Coach
- Independent Living (IL)
- Kaunseling
- Elaun Pekerja Cacat – RM300.00
- Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB) – RM 150.00
- Geran Pelancaran – maksimum RM2,700.00
- Bantuan Alat Tiruan / Sokongan (BAT) – berdasarkan kepada harga alat tiruan / sokongan
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik – 00
