SKIM SMART-SEWA

209) SKIM SMART-SEWA

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah penerima Skim Smart Sewa pada 2016 mengikut kaum

    Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah penerima untuk Skim Smart Sewa bagi tahun 2016 adalah seramai 17 orang pemohon Melayu sahaja berdasarkan unit tersedia untuk ditawarkan kepada pemohon Skim ‘Smart Sewa’ dengan melibatkan pembelian sebanyak 100 unit adalah seperti berikut:

    BIL PROJEK BIL. UNIT STATUS

    TINDAKAN

    1. Pangsapuri RKR Tun Teja, Alam Impian, Shah Alam – mulakan sewaan pada 1 September 2016 5 5 pemohon berjaya ditawarkan
    2. Pangsapuri RKR Seroja, Setia Alam 20 Perjanjian S&P dalam proses dimuktamadkan (Unit telah siap)
    3. Pangsapuri RKR Arista, Bandar Parklands, Klang 11 Perjanjian S&P dalam proses dimuktamadkan (CCC dijangka diperolehi Mei 2017)
    4. Pangsapuri Kos Sederhana di Kapar, Klang – mulakan sewaan pada 1 Disember 2016 64 12 pemohon berjaya ditawarkan
    JUMLAH 100 17 pemohon

    Setakat ini, seramai 34 permohonan telah diterima di mana 5 tawaran berjaya ditawarkan di RKR Tun Teja, Alam Impian, Shah Alam dan 12 tawaran sahaja berjaya ditawarkan daripada 64 unit di Pangsapuri Kos Sederhana,  Kapar, Klang disebabkan kerja-kerja pembaikan unit ke atas unit kosong sedang dijalankan. Manakala di Pangsapuri RKR Seroja, Setia Alam dan Pangsapuri  RKR Arista, Bandar Parklands, Klang dalam proses penyerahan unit oleh pihak pemaju kepada Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor pada tahun ini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.