SMART SELANGOR BUS
87) SMART SELANGOR BUS
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa peruntukan telah disalurkan bagi membina perhentian bas Smart Selangor? Sudah ada berapa perhentian bas ini sudah siap dibina?
Pembinaan hentian bas Smart Selangor merupakan projek hentian bas pintar telah dilaksanakan oleh pihak Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) sebanyak
10 unit di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan status kemajuan projek ini adalah seperti berikut:
- 9 unit telah disiap dibina dan dipindahkan ke tapak lokasi iaitu:
- 2 unit di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam yang telah beroperasi sepenuhnya dan dilancarkan pada 1 April 2019;
- 3 unit di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Kajang sudah boleh digunakan dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada penghujung Julai 2019; dan
- 4 unit di kawasan Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Sepang dan Majlis Daerah Kuala Selangor sedang dalam penyiapan fasa akhir serta kerja- kerja melibatkan bekalan sumber elektrik dan infra Wifi Smart Selangor.
- 1 unit di kawasan Majlis Daerah Kuala Langat akan mula dipindahkan ke lokasi pada minggu kedua Ogos
Jumlah peruntukan yang telah disalurkan bagi pembinaan perhentian bas Smart Selangor adalah sebanyak RM1,938,250.00.
