STATISTIK PENDUDUK SELANGOR

205) STATISTIK PENDUDUK SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik terkini penduduk di Selangor mengikut umur dan bangsa

    Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah penduduk Negeri Selangor pada tahun 2016 adalah seramai 6,298,400 orang. Daripada jumlah tersebut, majoriti merupakan bangsa Melayu dengan jumlah 3,119,800 orang manakala bangsa Cina mencatatkan seramai 1,508,200 orang. Bangsa India seramai 718,000 dan lain-lan bangsa pula seramai 42,900 orang. Jumlah bukan warganegara Malaysia pula adalah seramai 479,600 orang. Perincian penduduk mengikut umur dan bangsa adalah seperti di Lampiran A.

Lampiran

Tiada Lampiran.