Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

61) STATUS BILLBOARD DI SEPANJANG LEBUHRAYA MRR II

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Setakat manakah kuasa PBT terhadap kawasan yang didirikan billboard di sepanjang Lebuh raya MRR II dan jika ianya benar di bawah kuasa PBT, adakah Kerajaan bercadang mewujudkan satu Task Force bertujuan untuk pemutihan billboard tersebut dan memohon TOL bagi mengambil alih aktiviti billboard berkenaan.

    Pengurusan papan iklan ‘Billboard’ di sepanjang MRR II jika ia berada di atas rizab Jalan Persekutuan maka ia dikawal selia oleh pihak Jabatan Kerja Raya. Jika ia dibina di atas tanah Kerajaan Negeri Selangor maka ia di bawah kawal selia Pihak Berkuasa Tempatan dan tapak tersebut diwajibkan mempunyai ‘TOL’. Penguatkuasaan arahan ini telah dimaklumkan melalui pekeliling UPEN Bil 5/2008 Dasar dan Garis Panduan Pembinaan Papan Iklan (Billboard) di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor dan berkuat kuasa pada 26 Ogos 2008. Penguatkuasaan secara besar-besaran belum lagi dijalankan kerana proses permohonan TOL di Pejabat Tanah dan Daerah sedang di dalam pelaksanaan berperingkat. Tambahan pula keadaan ekonomi semasa yang agak lembap telah menjejaskan industri ini. Pihak Kerajaan Negeri mula mengkaji pendekatan ini sebelum menjalankan penguatkuasaan agar keadilan dapat diberikan kepada pengusaha yang terlibat.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.