Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

220) STATUS PEMBINAAN LEBUHRAYA PANTAI BARAT (WEST COAST EXPRESSWAY) DI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Minta menyatakan status kerja Projek pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (West Coast Expressway) di Seksyen 1 : Banting I/C - SKVE I/C ; Seksyen 2 : SKVE I/C - SAE I/C ; Seksyen 6 : Kapar I/C - Assam Jawa I/C dan Seksyen 7 : Assam Jawa I/C - Tanjong Karang I /C.

    Untuk makluman YB, Kerajaan Negeri dimaklumkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia bahawa peratus kemajuan pembinaan jajaran lebuhraya yang terlibat di negeri Selangor sehingga September 2017 adalah sebanyak 22.44%. Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan secara berperingkat bagi pembinaan WCE dan perkembangan terkini kerja-kerja pembinaan adalah seperti berikut:

    SEKSYEN KAWASAN KETERANGAN KERJA PERATUS
    1 Banting – South Klang Valley Expressway (SKVE) Kerja Tanah

    1.    Kerja-kerja menyelenggara laluan sementara dari kawasan rehat SKVE ke CH.18000

    2.    Kerja-kerja pengorekkan longkang tanah sementara  di CH.19320 – CH.20140 (LHS & RHS)

    3.    Kerja-kerja menambak tanah di lapisan Embankment di CH.18660 – CH.18830 (LHS) (Lapisan ke-2)

    4.    Kerja-kerja menambak tanah di lapisan Embankment di CH.19720 – CH.20140 (RHS & LHS), CH19320 – CH.19700 (LHS) (Lapisan pertama)Kerja-kerja membina pressure berm di CH.18240 – CH.18320

    5.    Kerja-kerja pemotongan tanah (good earth) hingga   ke aras rekabentuk (design level) di CH.25400 – CH.25600

    6.    Kerja-kerja menambak tanah di lapisan Embankment di CH.25900 –  CH.26200, CH.26300-CH.26700 & CH.27500-CH.27700 (RHS) (Lapisan pertama)

     

    Kerja Geoteknikal

    1.    Kerja-kerja menanam Prefabricated Vertical Drain (PVD) di CH.19680 – CH.19740 (LHS)

    2.    Kerja Prefabricated Vertical Drain (PVD) di CH25700-26200 dan CH26300-26700 RHS

    3.    Kerja penanaman Stone Column sedang di jalankan di CH.28080 – CH.28100

     

    Kerja Jambatan – Bridge S1-1 (Cross Over SKVE)

    1.    Kerja penanaman cerucuk.

    2.    Pier 19,20,21,22,23,24,25 & Abutment B : 100% Completed

    3.    Pile Embankment Abutment B : 4/84 (5% completed)

     

    Kerja Jambatan – Bridge S1-6 (Banting Interchange)

    1.    Kerja penanaman cerucuk.

    a. Pier 1 : Siap 1/16 (6%)

    b. Pier 2 : Siap 1/16 (6%)

    c. Pier 3 : Siap 1/16 (6%)

    d. Abutment A : 1/16 (6%)

    8.88%
    2 SKVE – KESAS 1.    Kerja membaik pulih jalan tanah dari CH 13+100 ke CH 13+600

    2.    Kerja membina laluan sementara ke jambatan S2-2

    3.    Pembinaan longkang tanah sementara dari CH 13+000 ke CH 13+600

    4.    Kerja Pembinaan “Silt Trap” No. 14

    5.    Kerja pengorekan tanah gambut dari CH 13+060 to CH 13+040

    6.    Kerja penimbusan tanah dari CH 13+120 to CH 13+340

    5.35%
    6 Kapar – Assam Jawa 1.    Pemotongan bukit di CH23600 – CH23400

    2.    Kerja – Kerja mengisi lapisan tanah untuk kawasan E&R di CH23670 – CH23760 (LHS)

    3.    Kerja – Kerja mengisi lapisan tanah untuk lapisan tambak di atas lapisan pasir PVD sepanjang CH22590 – CH22000 (RHS)

    4.    Kerja – kerja mengisi lapisan pasir yang kedua di atas platform PVD sepanjang CH22000 – CH21700 (RHS)

    5.    Kerja – kerja mengisi lapisan tanah untuk platform PVD sepanjang CH22590 – CH22000 (LHS)

    6.    Kerja – kerja mengisi lapisan pasir yang pertama untuk platform PVD sepanjang CH22590 – CH22200 (LHS)

    7.    Kerja – kerja pemasangan “PVD” sepanjang CH22590 – CH22420 (LHS) dan CH21060 – CH21070 (LHS).

    8.    Kerja – kerja peralatan dan pemantauan untuk RSG-64 di CH22500, DLD 9 di CH22250 dan DLD 10 di CH23110.

    9.    Kerja – kerja pengorekan longkang sementara sepanjang CH20500 – CH20100 (RHS)

    7.41%
    7 Assam Jawa – Tanjong Karang Dalam proses reka bentuk dan pengambilan tanah. Kerja pembinaan belum dimulakan. 0%

Lampiran

Tiada Lampiran.