STATUS PERMOHONAN LALUAN ALTERNATIF 4/4 TAMAN WANGSA PERMAI KE JALAN INDUSTRI DESA AMAN (IDA)
102) STATUS PERMOHONAN LALUAN ALTERNATIF 4/4 TAMAN WANGSA PERMAI KE JALAN INDUSTRI DESA AMAN (IDA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah UPEN (Seksyen PBT) telah mempertimbangkan dan meluluskan permohonan Bil (22) dlm.MPS.3/2-4591 dengan kos RM3,412,687.65 bagi mewujudkan laluan alternatif di kawasan tersebut?
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, permohonan menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri untuk pembinaan Laluan Alternatif 4/4 Taman Wangsa Permai ke Jalan Industri Desa Aman (IDA) tidak dapat dipertimbangkan kerana ia merupakan jalan yang baru hendak dibina. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri hanya menyalurkan peruntukan khusus bagi penyelenggaraan, menaik taraf dan lain-lain projek ke atas jalan sedia ada.
