Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

69) STATUS PERMOHONAN STRATA

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan status permohonan strata untuk penduduk Pangsapuri PJS 7/15 atas PN8623 Lot 49365 Mukim Petaling yang telah disatukan dengan PM130 Lot 37563 Mukim Damansara.

    Dimaklumkan permohonan untuk memecah bahagi bangunan di bawah Seksyen 6 Akta Hakmilik Strata (AHS) 1965 kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) bagi tujuan pengeluaran Hakmilik Strata kepada setiap pembeli akan dilaksanakan oleh pemilik tanah iaitu Tetuan Sunway Development Sdn. Bhd. setelah hakmilik sambungan baru dikeluarkan.

    Walau bagaimanapun, urusan pendaftaran hakmilik sambungan bagi kelulusan penyatuan tanah PN 8623 Lot 49360 Mukim Petaling dengan PM 130 Lot 37563 Mukim Damansara telah tertangguh kerana wujudnya Kaveat di atas hakmilik PM 130 Lot 37563. Pentadbir Tanah Petaling telah berurusan dengan Tetuan Sunway Development Sdn. Bhd. agar dapat mengemukakan surat kebenaran daripada pengkaveat dengan segera. Sejurus surat kebenaran ini diterima, pendaftaran hakmilik sambungan akan diteruskan.

Lampiran

Tiada Lampiran.