STATUS SYARIKAT ALAM FLORA SDN BHD
192) STATUS SYARIKAT ALAM FLORA SDN BHD
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini Syarikat Alam Flora Sdn Bhd sebagai kontraktor induk dalam kerja-kerja kutipan sampah dan pembersihan kawasan di kebanyakan tempat di Negeri Selangor.
Kerajaan Negeri masih lagi menggunakan khidmat Alam Flora Sdn Bhd (AFSB) sebagai kontraktor induk bagi kerja-kerja pengutipan sampah dan pembersihan awam di seluruh PBT Selangor. Kerajaan Negeri berpandangan bahawa AFSB masih mampu memberikan khidmat yang memuaskan dan prestasi kerja oleh AFSB sentiasa dipantau dan sesi perbincangan sering diadakan bagi memastikan kualiti kerja dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.
