STATUS TAPAK PEMINDAHAN BAHARU PENIAGA SUSUR UKAY PERDANA
220) STATUS TAPAK PEMINDAHAN BAHARU PENIAGA SUSUR UKAY PERDANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status tapak pemindahan baharu yang dijanjikan kepada 39 peniaga yang diusir akibat pembinaan lebuhraya EKVE di susur Ukay Perdana yang telah berlarutan lebih dari 2 tahun?
Berdasarkan keputusan pihak Kerajaan Negeri, 39 senarai peniaga yang disahkan oleh kerajaan Negeri akan diberikan bayaran “ex-gratia” oleh pihak EKVE Sdn BHD sebanyak RM8,000 seorang. Peruntukan tersebut telah disediakan, tetapi hanya 2 penama sahaja yang baru membuat tuntutan ke atas duit tersebut. Manakala bagi cadangan tapak ganti bagi peniaga-peniaga, kerajaan negeri, PTD Gombak dan pihak MPAJ tidak pernah berjanji untuk menyediakan penempatan baru peniaga.
