Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

165) STATUS TERKINI TENTANG MASALAH PEMINDAHAN PENGHUNI- PENGHUNI DI JALAN PAPAN DAN JALAN BUKIT KERAYONG

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini tentang masalah pemindahan penghuni-penghuni di Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong selepas keputusan MMKN Bil. 15/2015 bertarikh 29.4.2015 untuk meminta Melati Ehsan Consolidated Sdn Bhd menerima 181 penama telah dimaklumkan kepada mereka pada 30.6.2015?

    Status terkini tentang masalah pemindahan penghuni – penghuni di Jalan dan Jalan Bukit Kerayong seperti berikut:-

     

    (1)                    Isu Setinggan Jalan Papan

     

    Pemaju memohon pertimbangan agar diberikan tempoh masa bagi tujuan penelitian semula senarai penduduk-penduduk setinggan yang perlu ditawarkan. Pemaju sedang dalam usaha mengenalpasti penduduk-penduduk asal setinggan yang benar-benar layak menerima tawaran melalui proses semakan semula di tapak, mengemaskini data- data melalui bil-bil utiliti dan mengemaskini data pemberian subsidi dan pembelian rumah kos rendah. Pemaju akan mengemukakan cadangan dan kaedah penyelesaian kepada pihak Majlis seterusnya kepada Kerajaan Negeri.

    Bagi jumlah 117, mereka yang mengambil injuksi mahkamah, seramai 62 orang ada di tapak dan selebihnya 55 orang tiada di tapak semasa bancian dijalankan. Pihak Majlis telah membuat semakan di Jabatan Pendaftaran Negara mendapati 32 penama beralamat di jalan papan dan 21 penama berada di luar tapak. Manakala tiada sebarang maklumat untuk baki 2 penama.

     

    (2)                    Isu Setinggan Jalan Bukit Kerayong

     

    Pemaju sedang menyediakan draf pelan-pelan pembangunan untuk mendapatkan kelulusan Majlis bagi cadangan kedai kos rendah seterusnya menawarkan kepada pekedai dan bengkel yang layak bagi penempatan semula.

    Bagi penempatan semula tokong-tokong sedia ada, pemaju sedang menunggu pengesahan pelan daripada Kerajaan Negeri. Seterusnya memohon pertimbangan dan kebenaran bagi memulakan kerja-kerja awal di tapak.

Lampiran

Tiada Lampiran.