SUBSIDI AIR PERCUMA

91) SUBSIDI AIR PERCUMA

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kewangan yang telah dibelanjakan oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) sejak tahun 2008 sehingga sekarang dan adakah anak syarikat yang terbabit stabil dari segi kewangan?

    Dasar pemberian 20 meter padu pertama air percuma kepada pengguna domestik dengan meter individu telah dikuatkuasakan mulai bulan Jun 2008. Bayaran kepada SYABAS bagi membiayai pemberian air percuma tersebut telah disediakan oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Jumlah bayaran yang telah dibuat oleh KDEB mulai Jun 2008 hingga Mac 2010

    Bil   Bayaran Tahunan   Jumlah (RM)
    1 Jun 2008 – Disember 2008 68,674,732.87
    2 Januari 2009 –Disember 2009 131,468,341.10
    3. Januari 2010 – Mac 2010 33,976,486.10
    Jumlah 234,119,560.07

    Dalam membuat bayaran air percuma ini, KDEB mendapat bantuan pinjaman tanpa faedah dari Kerajaan Negeri.

    Namun demikian, bayaran air percuma semenjak April 2010 hingga sekarang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor. Bermula pada 01 Januari 2012, bayaran ini dibayar oleh Menteri Besar diperbadankan (MBI).

Lampiran

Tiada Lampiran.