Subsidi Bil Air Sekolah-Sekolah Pasca COVID-19
198) Subsidi Bil Air Sekolah-Sekolah Pasca COVID-19
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan subsidi air melalui Air Selangor kepada semua sekolah-sekolah di dalam Negeri Selangor sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan?
Buat masa ini Kerajaan Negeri belum mempertimbangkan untuk memberi subsidi air kepada sekolah-sekolah di dalam Negeri Selangor sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa. Pihak sekolah yang menghadapi masalah pembayaran bil air sekiranya berlaku peningkatan bil luar biasa, bolehlah berhubung terus dengan pihak Air Selangor untuk mendapatkan kaedah penyelesaian yang tidak merugikan mana-mana pihak.
