SUKAN BINA BADAN
92) SUKAN BINA BADAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Dipertandingkan pertama kali dalam Sukan Malaysia (sukma) tahun ini. Adakah kerajaan negeri Selangor akan terus melibatkan atelit yang beragama Islam dalam sukan ini.
Bina Badan merupakan sejenis sukan atau gaya hidup untuk membina otot melalui gabungan rutin latihan mengangkat berat, menambah pengambilan kalori, dan rehat. Dalam sukan bina badan, peserta akan mempamerkan bentuk badan mereka kepada hakim yang akan menilai dan memberi mata berdasarkan ciri ciri tertentu.
Pada mulanya sukan ini hanya dipelopori oleh kaum lelaki, namun pada tahun 1980an, kaum wanita mula tertarik untuk terlibat dalam bina badan. Kini, sukan bina badan adalah sama antara kedua dua jantina.
Di Asia, sukan bina badan kelihatan sugul. Ini mungkin disebabkan bina badan memerlukan sumber kewangan yang tinggi disamping adat kesopanan Timur yang tidak menggalakkan keterbukaan seperti di Barat. Namun akhir akhir ini, bina badan mula mendapat tempat di Asia yang mengakibatkan pusat pusat kesihatan gimnasium tumbuh bagaikan cendawan.
Sukan bina badan tidak boleh disalahertikan sebagai sukan angkat berat Olimpik, pertandingan Strongman atau Powerlifting. Ketiga tiga jenis sukan ini mengutamakan kekuatan individu tetapi bina badan lebih menumpukan perhatian kepada penjagaan dan nilai estetik bentuk badan seseorang. Dalam bina badan, bentuk dan saiz adalah lebih penting daripada berat yang boleh diangkat.
Dalam Islam, sukan menampil atau menampakkan hampir sama untuk mendapat satu bentuk badan yang sihat. Walau bagaimanapun, ada sukan yang dibenarkan dan ada yang ditegah dalam Islam.
Mengikut dari perspektif dan undang-undang Islam, atau Syariah, telah meletakkan beberapa had terhadap ahli sukan Muslim. Ini termasuk peraturan mengenai aurat, iaitu, bahagian badan yang tidak boleh didedahkan dikhalayak ramai. Hijab, atau Purdah merupakan satu kesukaran dalam melibatkan wanita dalam bersukan. Selain itu, lelaki juga tidak dibenarkan mendedahkan aurat, dari paras pusat hingga ke lutut, contoh sukan melibatkan pendedahan aurat lelaki ialah seperti sukan sumo dan bina badan.
Berdasarkan soalan yang dikemukakan oleh Yb Tuan Dr Ahmad Yunus Bin Hairi ini, bagi pendapat saya, kerajaan negeri Selangor seharusnya mengekal dan melibatkan atlet yang beragama Islam dalam sukan ini. Ini adalah, jika kita dapat lihat Sazali Samad dan Dato Malek Noor telah mewakili Malaysia dalam sukan bina badan sejak tahun 1990 dan merangkul banyak anugerah termasuklah Mr Universe. Mereka telah menaikkan nama Malaysia dan semua pihak memberi sokongan terhadap beliau untuk terus maju dalam sukan ini. Jika ada pihak yang tidak setuju dan membantah terhadap sukan ini, kenapa pihak-pihak tersebut tidak membantah sejak dari dulu lagi malah mereka menyokong sehingga kini dan memartabatkan sukan ini.
Selain daripada itu, bagi pandangan saya, sukan ini boleh untuk dipertandingkan di peringkat Sukan Malaysia (Sukma), tetapi ia tidak bersesuian untuk mengadakan pertandingan ini di kompleks membeli belah seperti yang berlaku pada Sukma yang ke 14. Seperti yang kita sedia maklum, aurat lelaki adalah dari pusat ke lutut, sekiranya pertandingan ini disaksikan oleh golongan lelaki, ia tidak menjadi masalah kerana aurat sesama lelaki. Oleh hal yang demikian, pertandingan ini boleh untuk diteruskan, sekiranya diadakan di tempat yang tertutup dan hanya disaksikan oleh golongan lelaki sahaja.
Kenapakah hal ini tidak dibincangkan terlebih dahulu sebelum ia dipertandingkan pada SUKMA yang lepas. Seperti yang kita sedia maklum, sukan bina badan ini dipertandingkan buat pertama kali selepas 13 kali pengajuran Sukma. bagi pandangan saya, semua pihak harus duduk semeja untuk membincangkan hal yang demikian. Semua pihak seperti Majlis Sukan Negara, Majlis Sukan Negeri, dan Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) harus bersatu padu, memerah otak serta berkongsi idea untuk membincangkan hal ini samada sukan ini harus dipertandingkan atau tidak di masa akan datang.
