Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

45) SUMBANGAN PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mempunyai suatu pendekatan yang lebih berkesan dalam menangani permohonan kepada ADUN untuk menyalurkan sumbangan penyelenggaraan infrastruktur sekolah di bawah Kementerian Pendidikan? Sumbangan melalui peruntukan ADUN adalah terhad berbanding penyelesaian melalui peruntukan yang diselaraskan oleh Kementerian atau ICU.

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan telah melaksanakan program Bantuan sekolah sebagai alternatif kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan pemilik sekolah untuk mendapatkan bantuan dana penambahbaikan infrastruktur sekolah.  Dalam program ini kerjasama yang diperlukan oleh pihak Ahli Dewan Negeri adalah daripada aspek sokongan dan pengesahan permohonan. Bagi pelaksanaan penambahbaikan infrasrtuktur sekolah di bawah Kementerian Pendidikan akan diselaras sepenuhnya oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.