Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

5) SUMBER BATUAN DAN KUARI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Selain daripada mengusahakan perlombongan pasir, apakah program kerajaan untuk meningkatkan hasil batuan dan kuari?

    Kerajaan negeri pada masa ini dalam usaha membentuk sebuah pasukan pemantau
    operasi melombong atau mencuci pasir dianggotai Pejabat Tanah Dan Galian Selangor
    (PTG), Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/ W.Persekutuan (JMG), Jabatan Alam
    Sekitar Selangor (JAS), Jabatan Perparitan dan Saliran Selangor (JPS), Lembaga Urus
    Air Selangor (LUAS) serta Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) yang berkenaan. Pasukan
    pemantau ini akan menjalankan pemeriksaan secara berkala dan berterusan untuk
    memeriksa terutamanya isi padu bahan batuan (pasir) yang telah dikeluarkan atau
    dilombong, serta kaedah kerja yang selamat dan sistematik. Ini bertujuan memastikan isi
    padu pasir yang diisytiharkan keluar daripada tapak adalah bersamaan dengan isi padu
    sebenar.
    Kerajaan negeri juga sedang mengkaji semula kadar royalti yang sepatutnya dikenakan
    kepada bahan batuan yang dikeluarkan oleh pengusaha kuari berdasarkan keadaan
    semasa dan perbandingan serta pertimbangan kepada untung bersih yang diperolehi
    oleh pengusaha serta kos sebenar operasi.
    Kerajaan Negeri juga sedang mengenal pasti lokasi-lokasi potensi kuari yang baru untuk
    dibuka dan sekiranya ada ia akan dibuka secara tender dan di bawah kawal selia negeri.
    Ini termasuk kuari-kuari yang telah habis tempoh pajakan operasi tetapi masih
    berpotensi untuk diusahakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.