Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

39) SUMBER MANUSIA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Butirkan jumlah dan peratusan kakitangan berbangsa India yang diambil berkhidmat di mana-mana jabatan dalam Kerajaan Negeri sejak tahun 2008?

    Berdasarkan semakan terhadap data perjawatan yang dikemas kini sehingga 20 Oktober 2015, kakitangan berbangsa India yang sedang berkhidmat di 42 Jabatan / Agensi Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor berjumlah 1790 orang secara keseluruhannya (8.26% daripada jumlah keseluruhan 21,678 orang). Jumlah berkenaan merangkumi pelantikan secara Tetap dan Kontrak. Peratusan jumlah kakitangan berbangsa India mengikut Jabatan / Agensi diperincikan di Lampiran I.

    Manakala statistik pelantikan mulai tahun 2008, seramai 612 orang kakitangan berbangsa India telah dilantik dan sedang berkhidmat di pelbagai Jabatan / Agensi.

    Lampiran I

     

     

     

    BIL.

     

    JABATAN / PDT / PBT / BBN

     

    JUMLAH

    1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 6
    2. Perbendaharaan Negeri Selangor 1
    3. Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor Tiada
    4. Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor 43
    5. Jabatan Mufti Negeri Selangor Tiada
    6. Jabatan Agama Islam Selangor 8
    7. Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor 5
    8. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor Tiada
    9. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor 1
    10. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor 8
    11. Jabatan Pertanian Negeri Selangor 3
    12. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor 2
    13. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor 11
    14. Pejabat DYMM Sultan Selangor Tiada
    15. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor Tiada
    16. Pejabat Daerah dan Tanah Petaling 3
    17. Pejabat Daerah dan Tanah Klang Tiada

     

     

    BIL.

     

    JABATAN / PDT / PBT / BBN

     

    JUMLAH

    18. Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat 7
    19. Pejabat Daerah dan Tanah Gombak 2
    20. Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat 2
    21. Pejabat Daerah dan Tanah Sepang 1
    22. Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor 2
    23. Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor 1
    24. Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam 1
    25. Majlis Bandaraya Shah Alam 36
    26. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 67
    27. Majlis Perbandaran Selayang 44
    28. Majlis Perbandaran Sepang 28
    29. Majlis Perbandaran Subang Jaya 38
    30. Majlis Perbandaran Kajang 66
    31. Majlis Perbandaran Klang 146
    32. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 27
    33. Majlis Daerah Kuala Langat 14
    34. Majlis Daerah Kuala Selangor 5
    35. Majlis Daerah Sabak Bernam 10
    36. Majlis Daerah Hulu Selangor 17
    37. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 4

     

     

    BIL.

     

    JABATAN / PDT / PBT / BBN

     

    JUMLAH

    38. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Tiada
    39. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 2
    40. Lembaga Urus Air Selangor Tiada
    41. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor 1
    42. Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor Tiada
    JUMLAH KESELURUHAN 612

    Sumber: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.