Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

210) SURAU TAQWANIAH KAMPUNG PAYA JARAS HULU

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah pembayaran dapat dilakukan sepenuhnya dan menjadikan tanah tersebut tapak surau yang sah ?

    Jabatan Agama Islam Selangor telah menghantar permohonan pengambilan tanah untuk tujuan tapak Surau Al – Taqwaniah, Kampung Paya Jaras pada 26 Jun 2003 dan telah diwartakan melalui Warta Kerajaan No. 1492 bertarikh 9 Julai 2004. Walau bagaimanapun, pengambilan tanah tidak dapat diteruskan kerana Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor mengesahkan bahawa peruntukan bagi tujuan pengambilan tersebut adalah tidak mencukupi melalui surat bertarikh 19 April 2007.

     

    Jabatan Agama Islam Selangor telah menghantar semula permohonan pengambilan tanah bagi tujuan yang sama dan penilaian awal tanah telah dibuat pada 5 Disember 2014 oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Shah Alam bagi tapak Surau Al – Taqwaniah dan diterima melalui surat yang bertarikh 22 Januari 2015 berjumlah RM 1,980,000.00. Pentadbiran ini telah memaklumkan perkara tersebut kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor dan memohon pengesahan peruntukan bagi tujuan pengambilan tersebut melalui surat bertarikh

    18 Februari 2015. Walau bagaimanapun tiada maklumbalas diterima daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

     

    Jika sekiranya pihak Jabatan Agama Islam Selangor bercadang untuk meneruskan pengambilan tersebut, Jabatan Agama Islam Selangor hendaklah memberikan pengesahan peruntukan yang mencukupi bagi tujuan pengambilan tanah secara bertulis dan Pentadbiran ini akan mengangkat semula Kertas Ringkasan untuk mendapatkan kelulusan daripada Y.A.B Dato‟ Menteri Besar Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.