Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

201) CADANGAN PERUMAHAN RAKYAT MISKIN DI SUNGAI AIR TAWAR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Kerajaan Negeri akan memulakan projek perumahan rakyat miskin di Sungai Tengar Utara/ Parit Baru Baroh setelah PKPS bersetuju untuk memulangkan semula tanah itu?

    Kerajaan Negeri telah mengenal pasti tanah di Lot 20398 di Parit Baru Baroh untuk pembangunan Projek Penempatan dan Projek Agroekonomi Asnaf Fakir dan Miskin di Negeri Selangor yang akan diuruskan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). Walau bagaimanapun tanah tersebut telah diwartakan pada 5 November 2015 melalui Warta Kerajaan Negeri No. 4070 sebagai tanah rizab bagi tujuan ladang pertanian yang diurus tadbir oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai Pegawai Pengawal. Pada 5 Oktober 2016, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah memberi kebenaran kepada LZS untuk menggunakan tanah tersebut bagi tujuan Projek Penempatan dan Projek Agroekonomi Asnaf Fakir dan Miskin di Negeri Selangor.

    Manakala bagi dua (2) lot tanah yang telah dikenal pasti di PT 3599 dan PT 3600 di Sungai Tengar Utara adalah tidak sesuai untuk dibangunkan sebagai perkampungan kerana faktor fizikal tanah yang sering dinaiki air.

Lampiran

Tiada Lampiran.