TABUNG BENCANA KERAJAAN NEGERI

77) TABUNG BENCANA KERAJAAN NEGERI

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini tabung bencana kerajaan negeri yang dilancarkan oleh Y.A.B. Menteri besar yang lalu?

    Tabung yang dilancarkan oleh Y.A.B Menteri yang lalu dinamakan sebagai Tabung Amanah Bencana Alam (TABA) dan telah diwujudkan di bawah Enakmen Tabung Amanah Bencana Alam 2011 pada 12 Julai 2011 (Enakmen No. 9 Tahun 2011). Ketetapan untuk penubuhannya telah dibuat di Dewan Negeri Selangor pada 4 Mei 2011 di bawah Seksyen 10(4)(b), Akta Tatacara Kewangan

     

    Peruntukan kewangan bagi penubuhan Tabung tersebut adalah melalui suntikan modal oleh Kerajaan Negeri yang berjumlah RM50 juta. Peruntukan akan disalurkan secara berperingkat dalam tempoh lima (5) tahun bermula pada tahun 2011.

     

    Sehingga kini, peruntukan terkumpul yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM30 juta di mana baki sebanyak RM20 juta lagi akan disalurkan secara berperingkat sehingga menjelang tahun 2015.

     

    Peruntukan ini telah dilaburkan dalam instrumen-instrumen pelaburan bagi meningkatkan pendapatan bagi tujuan penggunaan bencana alam di masa hadapan. Sehingga 30 September 2013, jumlah dana terkumpul bagi tabung ini (belum beraudit) adalah sebanyak RM30.21 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.