TABUNG PEMULIHAN PROJEK RUMAH TERBENGKALAI (TEPAT)
191) TABUNG PEMULIHAN PROJEK RUMAH TERBENGKALAI (TEPAT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan lokasi, jenis projek dan jumlah rumah yang telah dipulihkan.
Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat dua (2) projek perumahan terbengkalai yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan semula menggunakan dana TEPAT iaitu:
Bil Projek Lokasi Jumlah Unit Status Terkini 1 Projek Pembinaan Pangsapuri Rimau Indah di bawah Geran No. 36409, LOT No. 3783, Mukim Klang, Daerah Klang Seksyen 32, Shah Alam 315 unit pangsapuri kos rendah Worldwide Holdings Berhad dalam proses memuktamadkan kos pembangunan semula sebelum diangkat ke Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan 2 Projek Pembesaran Kg. Desa Mawar, Mukim Hujung Permatang, Daerah Kuala Selangor Kg. Sg. Yu, Kuala Selangor 779 unit rumah kediaman 419 unit rumah banglo
360 unit rumah semi-D
60 unit rumah kedai
PKNS dalam proses memuktamadkan sebut harga daripada pihak kontraktor sebelum kerja-kerja dapat dijalankan di tapak
