TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (IPR 3)
167) TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (IPR 3)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah penerima dan perbelanjaan IPR 3 dari 2014-2016 mengikut bangsa
Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) telah mula diperkenalkan pada Jun 2008, dan merupakan satu program kebajikan yang berkonsepkan tabungan. Program ini disasarkan kepada bayi Selangor yang lahir bermula 1 Januari 2008 dengan perlu memenuhi salah satu daripada syarat-syarat pendaftaran TAWAS. Objektif TAWAS bertujuan untuk mengagihkan secara terus manfaat berjumlah RM1,500 (bersumberkan hasil kekayaan negeri) kepada rakyat Selangor yang berhak (iaitu apabila mencapai umur 18 tahun).
Melalui program ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM100 kepada setiap ahli TAWAS (iaitu sebaik sahaja menjadi ahli), di mana peruntukan tersebut pada mulanya didepositkan ke akaun Simpanan Tetap (Fixed Deposit/FD) atas nama ahli di Ambank. Berikutan terdapat kelewatan pengeluaran FD di Ambank, operasi tersebut telah dihentikan (keputusan mesyuarat YAWAS bil.1/2013).
Kemudian, dana tersebut mula diuruskan oleh YAWAS sejak tahun 2013 dengan cara menjana pendapatan melalui pelaburan Simpanan Tetap (Fixed Deposit/FD). Aktiviti menjana pendapatan melalui FD tersebut bertujuan menampung pembiayaan tuntutan Skim Manfaat Khairat Kematian Ahli TAWAS bernilai RM1,500 yang telah diperkenalkan pada tahun 2014 (keputusan mesyuarat YAWAS bil.1/2014).
Sehingga kini (13 Mac 2017) dana peruntukan RM100 yang diuruskan oleh YAWAS adalah berjumlah RM25,617,300.00. Peruntukan tersebut disalurkan Kerajaan Negeri secara berperingkat berdasarkan pertambahan bilangan ahli TAWAS sejak tahun 2008 sehingga 2016.
Jumlah penerima (ahli TAWAS) dari tahun 2014 -2016 mengikut bangsa:
TAHUN MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH 2014 26,423 6,269 3,511 1,228 37,431 2015 36,208 8,143 4,314 1,390 50,055 2016 33,587 6,834 3,882 1,083 45,386 Maklumat tambahan berkenaan Skim Manfaat Khairat Kematian Ahli TAWAS:
PERKARA/TAHUN 2014 2015 2016 (RM) BIL. (RM) BIL. (RM) BIL. Meninggal sebelum 1 Mac’14 (RM100) 1,900.00 19 1,100.00 11 1,400.00 14 Meninggal pada/selepas 1 Mac’14 (RM1,500) 46,400.00 31 106,400.00 71 107,800.00 72 48,300.00 50 107,500.00 82 109,200.00 86 Pembayaran RM1,500 merujuk kepada kematian pada / selepas 1 Mac 2014 sahaja iaitu pada tarikh skim ini diperkenalkan. Manakala pembayaran RM100 hanya bagi kematian sebelum 1 Mac 2014 iaitu merujuk kepada nilai peruntukan yang diberi Kerajaan Negeri kepada setiap ahli TAWAS.
