Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

38) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2015

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pelancong yang melawat Selangor hasil daripada kempen melawat Selangor yang dijalankan dan berapakah pendapatan yang diperolehi daripadanya?

    Jumlah kedatangan pelancong mengikut statistik jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Selangor sehingga bulan Julai 2015 ialah seramai 5,280,646 orang. Jadual statistik adalah seperti yang berikut:-

    PELANCONG 2011 2012 2013 2014 2015 (Julai)
    Domestik 3,314,714 3,515,254 3,576,050 3,600,098 2,991,564
    Antarabangsa 2,725,704 2,850,856 3,125,387 2,472,739 2,289,082
    Jumlah 6,040,418 6,366,110 6,701,437 6,072,837 5,280,646

    Resit Pelancongan.

    Jumlah pendapatan yang diperolehi mengikut jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Selangor sehingga bulan Julai 2015 adalah sebanyak RM3,703,845,104.40

Lampiran

Tiada Lampiran.