TALIAN SAHABAT SELANGOR

188) TALIAN SAHABAT SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perincian program Talian Sahabat ini dan siapakah pengendalinya?

    Pusat Kaunseling Selangor (PKS) atau lebih dikenali dengan nama Talian Sahabat yang beroperasi di Kompleks PKNS, Seksyen 14, Shah Alam merupakan sebuah pusat perkhidmatan sosial yang menawarkan khidmat rundingan dan kaunseling. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor selaku penyelaras pusat berkenaan telah melantik seramai 25 orang kaunselor sambilan yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) untuk memberikan perkhidmatan percuma kepada orang awam yang memerlukan perkhidmatan rundingan dan kaunseling

    Selain itu, PKS ini juga diuruskan sepenuhnya oleh dua (2) orang Pegawai Psikologi Gred S41 yang dliantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa berada pada tahap yang cemerlang.

    PKS beroperasi setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan orang awam boleh menghubungi PKS bagi tujuan penetapan temujanji melalui telefon, e-mel atau datang secara langsung di Kompleks PKNS, Shah Alam. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

    1. kaunseling individu;
    2. kaunseling keluarga;
    3. kaunseling kerjaya;
    4. kaunseling kelompok;
    5. perkhidmatan runding cara; dan
    6. perkhidmatan inventori

Lampiran

Tiada Lampiran.