Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
124) TAMAN HUTAN SIMPAN NEGERI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan lokasi dan keluasan Taman Hutan Simpan Negeri kini?
Keluasan Taman Warisan (hutan simpan) Selangor yang telah digazetkan oleh kerajaan negeri sejak 2008 ialah 93,001.84 hektar (ha). Keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang telah diwartakan sebagai Taman Warisan pada 2007 berjumlah 91,144.52 ha manakala pada tahun 2010 seluas 1,857.32 ha. Maklumat tambahan, senarai Taman Warisan (hutan simpan) mengikut keluasan dan tarikh pewartaan adalah sepertimana di Jadual I.