TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) SELANGOR
72) TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pelaksanaan TKPM di Selangor?
Status semasa terdapat 12 kawasan TKPM di bawah kelolaan Jabatan Pertanian dan 10 TKPM di bawah kelolaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Negeri Selangor yang sedang beroperasi mengeluarkan hasil-hasil sayuran, buah-buahan, tanaman industri dan ternakan. Melalui program ini, petani dibimbing untuk melaksanakan projek pertanian secara komersil , hasil pertanian yang dipersijilkan dengan MyGAP (Sijil Amalan Ladang Baik) dan SOM (Skim Organik Malaysia), untuk mencapai sasaran purata pendapatan bulanan sebanyak RM 4,000/bulan.
